kami tidak diajar bertanya
kerana kritis
selalu mengancam yang berkuasa
Sastera Kriminal mengingatkan kita bahawa kata-kata bukan sekadar bunyi. Kata-kata adalah senjata. Dan setiap satunya adalah pemberontakan kecil terhadap dunia yang cuba membungkan manusia.
dunia ini pernah jatuh, retak tatkala bingkai
ditendang badai. tetapi jangan bimbang adinda
tiang kasih kita telah pun kubaja, jadi kendatipun
bergoncang rumah, kau masih selamat untuk
teguh bersetia. kupakaikan bingkai baru untuk
sekeping dunia istimewa. di mana kita selalu
dekat, menyulam cinta dengan cekat.
Dunia dalam Bingkai bukan sekadar kumpulan puisi tentang cinta, tetapi sebuah arkib perasaan, tempat waktu dibekukan dan pembaca diajak menatap dunia mereka sendiri, melalui bingkai yang sama.
Dapatkan kedua-dua buku baharu ini dengan harga promosi kombo RM52 RM42 sahaja (Jimat RM10) ATAU dapatkan setiap naskhah dengan harga RM26 RM24
Dapatkan juga tambahan istimewa naskhah Gaun Bulan serendah RM10 dan keychain Kata Pilar berharga RM23 RM20!
[PENTING] SILA BACA ARAHAN BORANG DI BAWAH DENGAN TELITI SEBELUM MEMBUAT PESANAN. TERIMA KASIH!
- Harga tertera TIDAK TERMASUK KOS POS. Kos pos akan dikira mengikut berat berdasarkan jumlah set dalam pesanan sewaktu checkout.
- Tempoh harga promosi ini adalah sehingga 3 Mei 2026. Pesanan akan dibuat dalam minggu 11-15 Mei sekiranya tiada aral. Sebarang perubahan dalam penghantaran akan dimaklumkan dari masa ke masa dan tertakluk kepada keadaan semasa.
- Setiap pesanan melalui borang ini terhad kepada 3 naskhah sahaja. Untuk pembelian lebih daripada 3 naskhah, anda perlu mengisi borang ini semula.
- Atau, untuk pembelian lebih daripada 3 naskhah, sila hubungi nombor 018-966 6246 (Whatsapp Unit Jualan). Kami akan cuba balas secepat mungkin, diharap dapat bersabar.
*Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi wakil kami melalui Whatsapp (mesej sahaja): 018-966 6246 (En. Ahmad)